Khamis, 8 Oktober 2009

Draw kejohanan Denmark Super Serie( perseorangan lelaki)

Perseorangan Lelaki


Pemain china menguasai draw dibahagian atas dan harapan perseorangan mas,Hafiz akan diuji seawal pusingan kedua dgn jaguh Denmark Peter Gade.

Lin Dan, Chen Jin, Chen Long dan Gong Weijie menghuni di bahagian atas draw dan pemain perseorang kelima Boa Chunlai berada pada bahagian bawah draw bersama pemain perseorangan malaysia Hafiz Hashim. Tetapi, terlebih dahulu Hafiz harus melepasi 2 pusingan dimana dia akan bertemu dengan pemain Belanda Eric Pang dipusingan pertama. Eric Pang yang memasuki pertandingan akhir terbuka Bitburger di Jerman minggu lalu tumpas di tangan pemain denmark Jan"o" Jorgensen akan tampil dgn keyakinan yang tinggi selepas mencapai serta memenangi beberapa pemain yang bagus di Bitburger. Tetapi jelas Hafiz adalah pilihan untuk menang dalam perlawanan ini.Ujian sebenar menanti Hafiz dipusingan kedua dimana dia akan bertemu dgn jaguh handalan dari denmark Peter Gade. Ini adalah perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat tanah air. Dengan motivasi hafiz yang menunjukkan prestasi memberangsakan bersama jurulatih baru H.Hendrawan, perlawanan ini pasti sengit. Dan pemenang perlawanan itu akan bertemu dgn jaguh china Boa Chunlai di suku akhir. Boa yang memenangi Terbuka Jepun pasti akan tampil dgn imej Juara selepas mengharungi keputusan buruk beberapa bulan lalu dimana tewas kepada pemain belanda DIcky Palyama di kejohanan Dunia seawal pusingan pertama.


Seorang lagi perseorangan mas, Wong Choon Hann yang masih membuktikan dia pemain yang harus diawasi. Dengan beberapa keputusan yang bagus pada tahun ini, choon hann akan membuka saingan yang lebih berliku apabila akan bertemu dgn pemain china Gong Weijei dipusingan pertama. Jika dia berjaya melepasi pusingan pertama, lawan yang menanti dipusingan kedua adalah France(BRICE LEVERDES) atau pemain pusingan kelayakan. Dan dengan tahap choon sekarang, dia tidak akan menghadapi sebarang masalah utk melepasi pusingan kedua tetapi dgn syarat,dia harus menewaskan pemain china terlebih dahulu. Dan jika semua berjalan lancar untuk Chonn Hann, maka dia akan bertemu Chen JIn disuku akhir. Apa-apa pun akan terjadi dalam perlawanan itu kerana Choon memenangi perlawan yag terakhir dgn chen jin di macau pada tahun ini.

Jadi,kepada anda yang ingin menonton live streaming, jangan lupa untuk mengundi pemain dan perlawanan pilihan anda.

Pilihan pemain yang akan masuk Final : Lin Dan vs Boa Chunlai (PILIHAN ALTERNATIVE ) - Peter Gade

Untuk mengundi dan melihat LIVE-stream court klik here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan