Pasukan badminton malaysia hanya mempunyai satu lagi sahaja wakil kepusingan separuh akhir didenmark super series kali. Koo dan Tan mudah menumpaskan pasangan tuan rumah Jonas Rasmusan dan Lars Paaske dengan straight game. Lawan yang menanti mereka adalah pemenang diantara Andres Kristiansen, Kasper Henriksen dari Denmark atau pasangan dari China Junji Sun, Jiaming Tao.
Dalam acara perseorangan, banyak kejutan yang dirakamkan hari ini. Kejutan besar adalah kekalahan pilihan utama kejohanan Peter Gade dengan rakan senegara Jan o Jorgensen. Menanti Jan O adalah pemain muda indonesia Simon Santosa. Kekalahan Pilihan pertama memberi kelebihan kepada pilihan ke-2 kejohanan Sony Dwi Kuncoro. Sony melangkah ke separuh akhir selepas menjinakkan pemain dari India Chetan Anand. Tetapi, Sony turut menghadapi masalah besar apabila bertemu pemain yang paling berjaya dalam kejohanan ini iaitu Marc Zwiebler dari german. Marc telah mencipta kejutan dari pusingan pertama di mana dia menewaskan dua pemain malaysia berturut-turut iaitu wong Choon Hann dan diikuti Hafiz Hashim. Tetapi kejutan dipusingan suku akhir tadi adalah yang terbaik bagi dirinya apabila dia menewaskan pemain yang meningkat naik dari China Chen Long dengan straight game.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan