salim : hi kenneth, apa khabar?
kenneth : khabar baik.
salim : bagaimana perasaan anda menjelang denmark open sebagai jurulatih?
kenneth : saya rasa tidak sabar untuk melihat aksi pemin-pemain saya dalam denmark open kali ini.
salim : apakah sasaran anda terhdap pemain anda pada kejohanan kali ini terutama dalam acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran?
kenneth:memang tidak dapat dinafikan yang kita mempunyai barisan pemain yang agak stabil dalam 3 acara ini. tetapi saya lebih senang untuk melihat setiap acara berlainan.
pertama sekali bagi acara perseorangan lelaki, memang kita inginkan pulangan
yang terbaik dimana kita meletakkan sasaran utk memenangi pertandingan ini .
tetapi malang bagi pemain denmark apabila diundi dalam half yang sama. dan lebih
menyedihkan pemain muda kita Jan O Jorgensen dan joachim persoon akan bertemu
di pusingan kedua. tetapi kita terpaksa akur dgn draw dan hanya yang terbaik akan
keperlawanan seterus. dan kita harap peter selaku pilihan pertama akan mengulangi
kejayaan tahun lepas tetapi dia harus memberi tumpuan dan tenaga yang bagus.
salim : bagaimana dgn beregu?
kenneth : tidak banyak dapat diharapkan dalam acara beregu dimana kita hanya mahu pemain
mendapat point yang baik utk ranking dunia. salah satu sebab adalah corak
permainan yang tidak konsisten sejak kebelakangan ini. dan beregu harapan kita
mathias boa dan cartsen morgensen diharapkan sangat utk kembali mendapat
rentak seperti memenangi kejohanan korea. dan bagi jonas dan lars paaske,
pasanagan berpengalaman tetapi harus bertarung dgn draw yang sukar. mereka
berada pada penghujung karier dimana mereka harus bersedia dari semua aspek
utk bertarung dgn pemain yang meningkat naik.tetapi saya harap mereka akan
tenang dan menunjukkan prestasi yang baik.
salim : Beregu campuran?
kenneth : malang sekali utk juara dunia edisi 2009 kali ini iaitu kamila juhl & thomas laybon
terpaksa menarik diri akibat kecederaan layborn. tetapi kita masih ada wakil iaitu
johan pada tahun lepas jpachim ficsher dan christina. mereka adalah pemain yang
konsisten dan sentiasa berjuang dgn komitmen yang tinggi.
salim : akhir sekali, bagaimanakah pandangan anda terhadap pemain malaysia terutama
dalam acara perseorangan lebih-lebih lagi selepas lee chong wei tidak beraksi??
adakah anda melihat hafiz dan wong choon han sebagai lawan yg harus diawasi?
kenneth : secara jujur, saya tidak lihat aksi hafiz kebelangkangan ini. dgn jurulatih baru,
mungkin permainan akan menjadi seperti pada tahun 2002 hingga 2004. tetapi
untuk memilih dia menjadi johan, saya harus katakan ianya sukar. dia harus
bermain dalam kapasiti dan intansiti yang tinggi jika ingin ke final, tetapi ia
sukar utk hafiz . wong choon han pulak boleh dikatakan sebagai pemain yang
berada dipenghujung karier jugak. dia harusbermain dgn pemain yang muda dan
pantas serta fizikal yang baik daripadanya. secara jujur saya boleh katakan bahawa
mereka berdua adalah pengacau dalam pertandingan.tetapi untuk memenangi
kejohanan ini memang sukar.
salim : terima kasih kenneth atas interview dan pendapat anda.
kenneth : sama-sama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan