Kejutan pemain German Marc Zwiebler mencuri tumpuan semua peminat badminton di Odense. Marc, pemain yang menewaskan 2 pemain Malaysia ( Wong Choon Hann, Hafiz Hashim) melakarkan kemenangan yg dramatik ka atas pemain pilihan kedua 2 dari Indonesia Sony Dwi Kuncoro dalam 3 set. Sebelum ini Marc memenangi satu lagi perlawanan suku akhir di mana dia menewaskan pemain China Chen Long. Lawan yang menanti Marc adalah pemain muda Simon Sontosa dari Indonesia. Simon mencatat kemenangan ke atas pemain tuan rumah Jan O jorgensen dengan Straight game 21/13 , 21 /13.
Wakil malaysia dalam aksi perlawanan akhir adalah menerusi pasangan beregu negara Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat. Mereka melyakan diri selepas menang mudah ke atas pasangan China dalam separuh akhir tadi. Tetapi pada perlawanan akhir nanti, saingan sengit pasti menanti daripada lawan dan sokongan peminat tuan rumah. pasangan yang mereka akan berdepan adalah pasangan No 1 Denmark Carsten Morgensen/ Mathias Boa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan