Sabtu, 3 Oktober 2009

Mengundi untuk perlawanan live streaming denmark open.

MENGUNDI UNTUK PERLAWANAN YANG INGIN ANDA LIHAT DI LIVE STREAMING DENMARK SUPER SERIES 2009.

Denmark Super Series 2009 membawa khas LIVE STREAMING kepada peminat sukan badminton. Kami akan membawa LIVE STREAMING berkenaan dari salah satu gelangang setiap hari bermula dari pusingan kelayakan sehingga suku akhir.
Kami ingin membuat LIVE STREAMING beberapa perlawanan pilihan dan yang terbaik. Walaupun anda tidak dapat bersama kami dari venua kejohanan Badminton Denmark super Series di Odense, Anda masih boleh memilih atau mengundi perlawanan pilihan yang anda ingin menonton dan jika pilihan anda mendapat pengundi yang tinggi, maka ia akan disiarkan melalui LIVE STREAMING.

Caranya amat mudah,

Bila draw untuk kejohanan dikeluarkan pada hari Selasa 6 Oktober, anda hanya perlu menghantar e-mail ke denmarkopen@yahoo.dk dengan memilih 5 pilihan perlawanan pada hari itu.
Selasa ialah pusingan kelayakan, Rabu sudah memasuki pusingan pertama dan Khamis unuk pusingan kedua.
Semasa memilih perlawanan untuk hari Khamis, anda harus memilih "Pemenang perlawanan XXX melawan Pemenang perlawanan YYY"

Pengurusan kami kemudian akan memprioritaskan perlawanan yang paling popular untuk membuat LIVE STREAMING.
Namun kami akan cuba membawa dua perlawanan yang diminta untuk dimasukkan ke LIVE STREAMING mengikut jumlah pengundi sebagai tambahan. Jadi bahkan jika perlawanan yang anda inginkan tidak umum popular, anda masih memiliki kesempatan untuk menontonnya.


E-mail kepada kami seperti berikut :

To: denmarkopen@yahoo.dk
Subject: VOTE

Top 5 Tueday:
Shintaro Ikeda/ Reiko Shiota vs XXX/YYY
Wang Shixian vs ZZZZ
Scott Evans vs WWWW

Top 5 Wednesday
Lin Dan vs Hans Kristian Vittinghus
Wong Mew Choo vs QQQQ
........ vs........

Top 5 Thursday
Winner Lin Dan/ Vittinghus vs winner Bao/ Mehrabi


Dan seterusnya.......



Sekian terima kasih dan semoga and menonton perlawanan pilihan anda.

1 ulasan: