Selasa, 20 Oktober 2009

Live Streaming

Gelanggang siaran melalui live streaming

Live Streaming akan dibawa melalui gelangan 2 dan 3

Untuk melihat jadual permainan click here

dan sila klik live streaming

Ahad, 18 Oktober 2009

Beregu Lelaki

Draw untuk pemain malaysia di terbuka denmark super series.


pasangan tan boon heong dan koo kien keat akan memulakan saingan pusingan pertaman dengan menentang pemain remaja denmark iaitu mikkel elbjorn dan christian skovgaard. pasangan denmark ini harus diambil serius kerana mereka mempamer prestasi yang bagus di dalam pertandingan liga di denmark dimana mereka kerap menewaskan pemain beregu denmark sepeti jens eriksen, martin lungaards dan jonas rasmusen. jadi untuk pilihan ke2 kkk dan tan b.h saingan sengit daripada pemain tuan rumah pasti mengundang gelisah.

bagi pasangan zakry dan fairuz, mereka mempinyai peluang yang bagus untuk melayakan diri ke separuh akhir tetepi terlebih dahulu mereka harus menewaskan pilhan 5/8 dari indonesia di pusingan suku akhir.

sementara pasangan gan teck chai dan tan bin shen akan berhadapan pusingan pertama yang berliku dimana mereka akan bertemu bekas juara dunia jonas rassmusen dan lars paaske dari denmark. mereka harus menunjukkan pretasi yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini.


jangan lupa saksikan live score.....

selamat menonton...

Denmark Open

Kepada peminat sukan, kami akan membawa secara langsung perlawanan kelayakan di mana pasangan malaysia akan turun beraksi dalam acara beregu campuran. jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan aksi mereka.

Khamis, 8 Oktober 2009

Draw kejohanan Denmark Super Serie( perseorangan lelaki)

Perseorangan Lelaki


Pemain china menguasai draw dibahagian atas dan harapan perseorangan mas,Hafiz akan diuji seawal pusingan kedua dgn jaguh Denmark Peter Gade.

Lin Dan, Chen Jin, Chen Long dan Gong Weijie menghuni di bahagian atas draw dan pemain perseorang kelima Boa Chunlai berada pada bahagian bawah draw bersama pemain perseorangan malaysia Hafiz Hashim. Tetapi, terlebih dahulu Hafiz harus melepasi 2 pusingan dimana dia akan bertemu dengan pemain Belanda Eric Pang dipusingan pertama. Eric Pang yang memasuki pertandingan akhir terbuka Bitburger di Jerman minggu lalu tumpas di tangan pemain denmark Jan"o" Jorgensen akan tampil dgn keyakinan yang tinggi selepas mencapai serta memenangi beberapa pemain yang bagus di Bitburger. Tetapi jelas Hafiz adalah pilihan untuk menang dalam perlawanan ini.Ujian sebenar menanti Hafiz dipusingan kedua dimana dia akan bertemu dgn jaguh handalan dari denmark Peter Gade. Ini adalah perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat tanah air. Dengan motivasi hafiz yang menunjukkan prestasi memberangsakan bersama jurulatih baru H.Hendrawan, perlawanan ini pasti sengit. Dan pemenang perlawanan itu akan bertemu dgn jaguh china Boa Chunlai di suku akhir. Boa yang memenangi Terbuka Jepun pasti akan tampil dgn imej Juara selepas mengharungi keputusan buruk beberapa bulan lalu dimana tewas kepada pemain belanda DIcky Palyama di kejohanan Dunia seawal pusingan pertama.


Seorang lagi perseorangan mas, Wong Choon Hann yang masih membuktikan dia pemain yang harus diawasi. Dengan beberapa keputusan yang bagus pada tahun ini, choon hann akan membuka saingan yang lebih berliku apabila akan bertemu dgn pemain china Gong Weijei dipusingan pertama. Jika dia berjaya melepasi pusingan pertama, lawan yang menanti dipusingan kedua adalah France(BRICE LEVERDES) atau pemain pusingan kelayakan. Dan dengan tahap choon sekarang, dia tidak akan menghadapi sebarang masalah utk melepasi pusingan kedua tetapi dgn syarat,dia harus menewaskan pemain china terlebih dahulu. Dan jika semua berjalan lancar untuk Chonn Hann, maka dia akan bertemu Chen JIn disuku akhir. Apa-apa pun akan terjadi dalam perlawanan itu kerana Choon memenangi perlawan yag terakhir dgn chen jin di macau pada tahun ini.

Jadi,kepada anda yang ingin menonton live streaming, jangan lupa untuk mengundi pemain dan perlawanan pilihan anda.

Pilihan pemain yang akan masuk Final : Lin Dan vs Boa Chunlai (PILIHAN ALTERNATIVE ) - Peter Gade

Untuk mengundi dan melihat LIVE-stream court klik here

Sabtu, 3 Oktober 2009

Mengundi untuk perlawanan live streaming denmark open.

MENGUNDI UNTUK PERLAWANAN YANG INGIN ANDA LIHAT DI LIVE STREAMING DENMARK SUPER SERIES 2009.

Denmark Super Series 2009 membawa khas LIVE STREAMING kepada peminat sukan badminton. Kami akan membawa LIVE STREAMING berkenaan dari salah satu gelangang setiap hari bermula dari pusingan kelayakan sehingga suku akhir.
Kami ingin membuat LIVE STREAMING beberapa perlawanan pilihan dan yang terbaik. Walaupun anda tidak dapat bersama kami dari venua kejohanan Badminton Denmark super Series di Odense, Anda masih boleh memilih atau mengundi perlawanan pilihan yang anda ingin menonton dan jika pilihan anda mendapat pengundi yang tinggi, maka ia akan disiarkan melalui LIVE STREAMING.

Caranya amat mudah,

Bila draw untuk kejohanan dikeluarkan pada hari Selasa 6 Oktober, anda hanya perlu menghantar e-mail ke denmarkopen@yahoo.dk dengan memilih 5 pilihan perlawanan pada hari itu.
Selasa ialah pusingan kelayakan, Rabu sudah memasuki pusingan pertama dan Khamis unuk pusingan kedua.
Semasa memilih perlawanan untuk hari Khamis, anda harus memilih "Pemenang perlawanan XXX melawan Pemenang perlawanan YYY"

Pengurusan kami kemudian akan memprioritaskan perlawanan yang paling popular untuk membuat LIVE STREAMING.
Namun kami akan cuba membawa dua perlawanan yang diminta untuk dimasukkan ke LIVE STREAMING mengikut jumlah pengundi sebagai tambahan. Jadi bahkan jika perlawanan yang anda inginkan tidak umum popular, anda masih memiliki kesempatan untuk menontonnya.


E-mail kepada kami seperti berikut :

To: denmarkopen@yahoo.dk
Subject: VOTE

Top 5 Tueday:
Shintaro Ikeda/ Reiko Shiota vs XXX/YYY
Wang Shixian vs ZZZZ
Scott Evans vs WWWW

Top 5 Wednesday
Lin Dan vs Hans Kristian Vittinghus
Wong Mew Choo vs QQQQ
........ vs........

Top 5 Thursday
Winner Lin Dan/ Vittinghus vs winner Bao/ Mehrabi


Dan seterusnya.......



Sekian terima kasih dan semoga and menonton perlawanan pilihan anda.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Draw kejohanan Denmark Super Serie

Jadual dan draw utk denmark super serie 2009 akan dikeluarkan pada hari selasa. Saudara bolehla membuat komen dan mengundi siapakah pilihan anda utk menjadi johan pada denmark open kali ini. selain itu,and jugak boleh menlihat komen dari jurulatih-jurulatih lain mengenai pilihan draw mereka.